Tuesday, December 1, 2009

kekanda mohd azrai



buat sang kekasih.

yang hatinya sudi diberi padaku.
tidak terlewat waktu untuk diberitahu bahawa rasa bahagia bersamanya membuat aku terharu.

sehingga esok dan tulat, seandainya Tuhan mengizinkan rasa kasih dan cinta ini biarlah untuk dia.

sendainya keikhlasan yang dia berikan, maka ketulusan yang aku kirimkan.
biarpun seketika, namun nilainya tidak terkira harganya.

dia mengilhamkanku semangat, dia menawarkan (penawar) duka lara, dan dia segala yang istimewa yang aku pernah ada.

tidak kuharap setinggi gunung mencecah awan, cukuplah jika dia berusaha membuat 'kita' bahagia.




dengan setulus doa yang aku ada, semoga diperkenankan yang baik dan indah belaka, insyaAllah..



1 comments:

mr and mrs ai said...

it was soo sweet my lovely adinda Aina Husna.thanx 4 evrythng..alhamdulillah..